Assalamualaikum...
Salam Isnin...Hari ni we all bangun very the very late...6.33a.m...
Aduuuhhh lambat giler...Terus kejut kan Princess...
Nasib baik sume pun senang di kejut pagi ni...
Sampai Cempaka 7.30a.m Princess bersuara tak payah sekolah
lar dah lambat as pagi ni ada assembly malu nak masuk sekolah
nanti kene diri kat depan...Ask Daniel dia ok jer tak sekolah...
Dah tu hantar sume kat rumah MEM...Ryan je yang sekolah hari ni..
Hoccay ni nak citer pasai adik adik aku , anak sedara aku &
tak ketinggalan my kiddo sume terkena 1 jenis penyakit yang
di panggil kudis buta...Memula tu aku tengok macam ruam pastu
dia jadi berair dan menanah...In my mind dah agak dah ni mesti
kudis buta...Aku tengok depa kalau menggaru bagai bergila tak
hengat...
Aku suruh dia rendam dengan air panas yang di campur garam
(kalau pergi berendam kat pantai pantai lagi bagus sebab pantai
kan air masin)..Alhamdulillah dah ok sikit tak macam memula
tadi...Tapi penyakit ni senang berjangkit...Tempat tadi dah ilang
dia pergi tempat lain pulak...Kali ni baru aku pegi klinik...Doc
pun cakap kudis buta...Ni memang payah sikit nak baik kalau
baik pun makan masa...So doc bagi cream sapu , antibiotik &
ubat biru untuk merendam ...
Some info about Kudis Buta yang aku copy paste dari google...
Masalah kulit berkudis terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) Kudis buta (skabies)
- Penyakit ini adalah disebabkan oleh hama gatal(betina). Ia gemar mengorek bahagian lipatan kulit dan bertelur di dalamnya.
- Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
- Tanda-tanda1. Skabies
- Gatal di seluruh anggota badan, terutama pada waktu malam.
- Terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti.
- Mula muncul sebagai lepuh kecil. Lama-kelamaan, ia akan menggelembung dan membentuk tompok-tompok basah yang kecil berwarna merah.
- Lepuh ini akan mengeluarkan cecair.
- Secata beransur-ansur, keruping yang berwarna kuning keperangan akan muncul meliputi kawasan yang dijangkiti.
Bahagian badan yang biasa dijangkiti
1. Skabies
- Di bahagian badan, celah ketiak, keliling pusat, sendi lengan, tangan, celah-celah jari tangan dan kaki, punggung, dan kemaluan.
- Terjadi di bahagian muka, terutamanya di antara bibir atas dan hidung, lengan, tangan, dan kaki.
Cara mencegah
- Utamakan kebersihan diri. Mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih.
- Barang keperluan seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain.
- Basuh atau jemur pakaian, cadar, dan sarung di bawah cahaya matahari.
- Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik.
- Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah.
- Tutup kudis dengan kain kapas dan plaster.
- Elakkan kudis daripada bersentuh dengan orang lain.
Kita hanya mampu merancang selebih nye ALLAH yang menentu kan...
Semoga anak anak mama cepat pulih dan di beri kan kesihatan
dan kesejahteraan yang berpanjangan...Aaminnn...
Wassallam..
Thank you for reading this entry!!
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment