Friday, May 10, 2013

Kelebihan Di Bulan Rejab

 Assalamualaikum...
 
 
Salam pagi jumaat uolls dari kami bertiga...
En hubby pun dah terikut ikut perangai bini dia yang suka bangat bergambar...
Ngeeee...Peace no war....
 
Tup tap tup tap dah sampai ke penghujung bulan
Jamadil Akhir ....Sekejap je rasa...
 
Sudah berganti kah puasa yang di buang pada tahun sudah???
Untuk aku ada lagi balance a few days...
Dan In Sha ALLAH aku akan ganti kan sebelum muncul Nye Ramadhan..
 
Tentu ramai dah tahu kelebihan berpuasa dalam bulan rejab kan..
Yang belum tau tu jom aku nak share sikit info..cekidaut..
 
Puasa 1 hari :-
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan ALLAH..
 
Puasa 2 hari :-
Mendapat kemuliaan besar daripada ALLAH dan dilipat gandakan pahalanya .
 
Puasa 3 hari :-
Di jauh kan dugaan dunia oleh ALLAH , di jadi kan sebuat parit panjang
yang menghalang nya ke neraka .
 
Puasa 4 hari :-
Di selamat kan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal .
 
Puasa 5 hari :-
Aman dari azab kubur .
 
Puasa 6 hari :-
Di bangkit dari kubur dengan muka bercahaya .
 
Puasa 7 hari :-
ALLAH mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya .
 
Puasa 8 hari :-
ALLAH membuka 8 pintu syurga baginya .
 
Puasa 9 hari :-
Keluar dari kubur nya lalu menyeru "LAAILAHAILLALLAH" dan
tidak di tolak dia dari memasuki Syurga .
 
Puasa 10 hari :-
ALLAH memperkenan kan semua permintaan dan hajat nya ,
di jadi kan hamparan perhentian di Titian Siratul Mustaqim setiap satu batu
dan di jadi kan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di Titian Siratul Mustaqim .
 
Puasa 13 hari :-
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3000 tahun .
 
Puasa 14 hari :-
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun .
 
Puasa 15 hari :-
ALLAH mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan . Saidina Ali
berkata  bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun .
 
Puasa 16 hari :-
Dapat melihat wajah ALLAH di dalam syurga dan orang pertama menziarah
ALLAH di dalam syurga .
 
Puasa 19 hari :-
Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan
Nabi Allah Adam .
 
Puasa 20 hari :-
ALLAH mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan
baik dengan baki umurnya .
  
 
 Sementara kita masih ada di dunia ini apakata kita grab segala peluang
kebaikan yang ada...Semoga amalan amalan kita di terima NYA..
Tapi nawaitu kene ikhlas ye kawan kawan..In Sha ALLAH...
 
Wassallam..
 
Thank you for reading this entry!!
 
 
 
. 









 






 


 


 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment