Wednesday, November 13, 2013

Salam 9 Muharram 1435H

Assalamualaikum..
 
Sempena 9 Muharram hari ni me just nak share ini untuk semua..
 
Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a) ialah:

* NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU'A SUNNATAN
 LILLAHI TA’ALA
Daku berniat puasa sunat Hari Tasu'a kerana Allah Taala..

Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Nota : Perkataan ghadin bermaksud esok -
jadi ada tak ada dalam lafaz maksudnya tetap anda berpuasa pada
esok setelah berniat hari sebelumnya .
Kenapa perlu puasa 2 hari dan bukan pada 10 Muharram sahaja?
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 Muharram)
agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa
pada hari Asyura sahaja.
.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”
(Riwayat Imam Muslim)

Fadhilat Puasa Muharram
Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
.
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Sahih)
.
4. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.” (Hadis Sahih)
.
5. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
.
6. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud,
“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”.
Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud,
“Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud,
“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.

يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري
Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat. Marilah kita 'AMBIL KESEMPATAN' sekali setahun ini.. Mama pun baru first time nak cuba dan baru mengkaji tentang hari istimewa ini..(bukan sekadar hari untuk masak bubur Asyura yg sebenarnya dtg dari amalan Syiah..)

Semoga perkongsian ini dapat sama sama kita menfaat kan nya...

In Sha ALLAH...

Nyempat ajek...Puan rumah nak tumpang lalu...
Tudung pemberian dari SIL..Tahun lepas lagi dia dah kasi ini tudung
tapi seingat me pakai baru 2 3 kali jek sebab banyak sangat ropol ropol
dia...Rimassssss...Hehehehe btw thanks ye Sis..
 
P/s:Perkongsian di kongsi dari salah seorang sahabat di muka buku...
Terima kasih di atas info yang sangat berguna...
 
Wassallam..
 
Thank you reading this entry!!
 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment